seismik

8 Idea Hadiah Best Versi 'Bajet' Sempena Hari Ibu, Barulah Mak Sayang Lebih!

Cepat decide sebelum 12 Mei ni!

Cover image via @theapronmakerco (IG) , Mossarium , aeniqadha16 (Shopee)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hari Ibu jatuh pada 12 Mei, hari Ahad. Sudah tentu ada yang mencari hadiah apa sesuai untuk ibu bukan?

Nak bagi hadiah apa kepada ibu terpulang kepada selera dan bajet masing-masing. Iyalah, ada yang ibunya suka beg-beg, ada pula suka tanaman dan bunga bukan? 

Tunggu apa lagi? Jom meluangkan masa dan ajak mereka makan, bolehlah belikan hadiah sekali! Tak tahu nak beli hadiah apa? Jangan risau, ini senarai hadiah customized yang confirm buat ibu korang senyum lebar!

Image via GIPHY

1. Set DIY Terrarium (RM49 - RM189)

Image via Mossarium
Image via Mossarium

Siapa dekat sini yang ibunya suka tanam pokok, hias dan bersihkan pokok? Bolehlah try belikan terrarium ni, cara penjagaan pun senang tau. Bukan setakat cantik, set DIY ini membolehkan mereka susun pokok itu dengan cara tersendiri. 

Beli di sini.

2. Tumbuh-tumbuhan (RM29 - RM89)

Image via Berrykinn
Image via Berrykinn

Bagi sesiapa yang ibunya suka tanam pokok atau membeli pokok sebagai hiasan dalam rumah, bolehlah beli tanaman daripada Berrykinn. Sebut saja jenis pokok yang korang nak, mesti ada dekat sini! 

Beli di sini

3. Kraftangan Moniko (RM90 - RM195)

Image via @zazaparry (IG)

Kraftangan daripada Moniko semestinya cantik-cantik. Macam-macam jenis beg tangan yang boleh dihasilkan ikut cita rasa masing-masing. Ada sling beg, dompet dan pelbagai lagi! Memang sesuai untuk mak-mak yang banyak barang tapi pada masa yang sama masih style!

Beli di sini


4. theapronmakerco (RM79.90 - RM119.90)

Ibu dengan memasak memang berpisah tiada. Jadi, tak salah kalau kita hadiahkan apron siap dengan nama mereka. Apron daripada The Apron Maker menggunakan kualiti yang terbaik dari segi kain dan tali. Bila dipakai juga sangat selesa, yang paling penting, sangat mudah untuk dibasuh!

Beli di sini.

5. Lukisan comel (RM2 - RM4)

Image via Shopee
Image via Shopee

Nak lagi kreatif, korang boleh tempah lukisan daripada Shopee dan letakkan dalam bingkai ataupun cetak pada cawan. Lukisan boleh dipilih mengikut cita rasa korang, nak yang cute atau nak yang lebih kelakar. 

Beli di sini

6. Gambar embroidery (RM30)

Image via Shopee
Image via Shopee

Kalau mak-mak dapat ni, confirm tersenyum dia orang. Punyalah cantik hasil tangan tu, nanti mereka ingatkan kita yang buat padahal boleh saja tempah di Shopee. Perhiasan ini boleh diletakkan di rumah atau digantung pada dinding.

Beli di sini

7. IKEA gift card (RM50 - RM3,000)

Image via Carousell

Kalau yang ini bukan setakat mak saja yang suka, kita pun ikut excited! Sesuai lah dengan sifat mak-mak yang suka beli perabot, bolehlah hadiahkan gift card ini, senang pun senang.

Beli di sini

8. Spa (RM100 - RM300)

Image via Urban Retreat

Setelah penat seharian bekerja mengemas rumah, mak-mak kita deserve untuk urutan spa. Haa, time inilah nak bagi dia orang rileks dan chill. Korang boleh buat tempahan dekat mana-mana spa yang berdekatan, hari ibu nanti tinggal bawa je mak korang tau!

Kepada semua wanita yang bergelar ibu, terima kasih ibu, jasamu akan sentiasa ku kenang!

Selamat Hari Ibu <3

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: